JellyPages.com

Wednesday 19 December 2012

Novel Bersiri Cik Gitar Bahagian Dua

Alhamdulilah, Akhirnya Penulisan2u Publish jugak Novel Bersiri Hasil Tulisan Tangan Otak Bergerak Cik Gitar part ke 2, haha...law korang tak caya cuba click Sini (; , and kalau rajin... gerak-gerak kan lah tangan tuh bagi ulasan taw, coz Cik Gitar memang bercita-cita nak jadi penulis novel... :)

Singgah-Singah Lah link tuh ya, kalau nak baca Cerpen Cik Gitar Pulak, click Sini Pulak Taw :)


 SUPPORT DARI KORANG AMAT CIK GITAR HARGAI!!!!

Monday 10 December 2012

Novel Bersiri Cik Gitar ( :


Kekasihku Pelakon Upahan

Oleh : Gitar Buruk
1

Ayunan langkah kaki gadis tinggi lampai yang mengenakan tshirt ringkas hasil seni kreatif sentuhan Mango bersama jeans lusuh menarik perhatian mata-mata lelaki hidung belang. Bukan pakaian gadis itu yang dipandang mereka  tetapi wajah putih gebu milik gadis itu yang berjaya mencuri perhatian mereka.

“Assalamualaikum, dah lama tunggu ?maaf kalau saya lambat, susah jugak nak cari restoran ni alkmaklumlah saya bukan orang sini.” sapa gadis itu mesra kepada seorang jejaka yang sedang menunggunya di tempat yang dinyatakan di dalam sms lelaki itu sebentar tadi lalu menarik kerusi untuk duduk bersama lelaki yang merangkap bos kepada rakan karibnya itu.

Dalam hatinya, Natasya berasa lega kerana daripada mesej yang diberi lelaki itu, dia menyatakan bahawa dia akan mengenakan tshirt biru gelap bersama cap, ini memudahkan Natasya untuk mengecam lelaki itu selain daripada facebook lelaki itu yang ditunjukkan oleh rakan karibnya.

Ikmal terkedu, dia tidak menyangka memang benar apa yang setiausahanya katakan bahawa sahabat karibnya ini cantik orangnya. Diaamati wajah putih bersih milik gadis itu dengan penuh minat. Alis matanya yang lentik, wajahnya bujur sirih benar-benar menarik minat jiwa lelakinya. Tetapi untuk jatuh cinta, itu bukan dia. Cintanya hanya milik Imani Natrah.

“Ehem...maaf kalau dah susahkan you nak cari restoran ni, i terlupa you bukan orang sini. By the way i’m Ikmal and you ?” Balas Ikmal ramah walhal dia akui dia bukanlah jenis yang mesra alam sangat.

“Saya Natasya, cik boleh panggil saya Acha je.”

“Acha ? urm nice..you nak minum apa ?biar i orderkan” Pelawa Ikmal dengan ikhlas.

“Eh Cik Ikmal, takpe-takpe. Lagipun saya tak boleh lama-lama kat sini.” Tolak Natasya lembut, sebenarnya dia berasa seram sejuk apabila mata-mata lelaki dalam restoran ini tidak ubah seperti dia sedang berada di gelanggang mahkamah dan sedang diadili oleh mereka. Tapi apa salah dia? Dia tetap manusia biasa yang layak untuk keluar masuk dalam restoran mewah seperti ini dengan berpakaian simple macam ini.

 “Sure Acha ? Okay berbalik kepada tujuan asal yang kita bincangkan dalam sms tempoh hari. You berminat tak nak terima offer yang i tawarkan kepada you ?”

“Actually Cik Ikmal, biar saya berterus terang. Agar Cik Ikmal tidak salah tafsir dengan momokan yang telah dibuat oleh setiausaha Cik Ikmal merangkap sahabat baik saya, masa di Universiti dulu saya ni cuma mahasiswi yang bergiat aktif dalam pementasan teater. Tu pun sebab saya ahli dalam Kelab Drama & Teater.”

 Ujar Natasya penuh jujur, dia sebenarnya lansung tidak berminat dengan tawaran bekerja sebagai kekasih upahan Ikmal dengan wang yang agak lumayan, tetapi dia melakukan ini semua atas permintaan rakan karibnya yang merangkap setiausaha kepada Ikmal.

“But Natasya, Mimi bagitahu i yang you memang boleh tolong i. Please Acha. I dah buntu sangat.” Ikmal sudah bersedia dengan tanda-tanda seperti ingin  melutut di kaki Natasya. Baginya, majlis reunion itu sangat penting untuk dia. Kerana rakan-rakan sekolahnya dahulu semuanya ingin melihat siapakah girlfriend kepada Ikmal Asyraf sekarang.

“Err...okay lah Cik Ikmal, saya boleh tolong awak but please, untuk kali ini saja. Setuju ?” Pinta Natasya dengan muka retak seribu, walaupun dia kecewa kerana masih belum mendapatkan kerja selepas tamat pengajian, tetapi bukan kerja ini yang dia harapkan.

Sure Acha, memang i want you be my girlfriend only in one night, tak lebih daripada tu and harini i ada bawak agreement yang you perlu tandatangan dan dalam ini i turut sertakan doe’s and don’t untuk you” lalu dokumen-dokumen yang dimaksudkan oleh Ikmal bertukar tangan.

Takkan lah buat job untuk satu malam sahaja dah kena sign agreement. Bisik hati kecilnya tetapi lain pula yang dibuat oleh matanya, matanya seolah-olah fokus  memandang dokumen-dokumen dihadapannya satu persatu, setelah dia rasakan logiknya perjanjian yang telah dibuat oleh Ikmal dia menurunkan tandatangannya sebagai pengesahan dia bekerja untuk Ikmal.

“Cik Natasya Amir, dengan rasminya you sign agreement tu maka sahlah you berkerja dengan i. So bila-bila je i panggil you, you kena datang. Faham cik Natasya ?” tegas Ikmal pula.

“okay, awak jangan risau dalam agreement tu pun dah tertulis jikalau saya langgar agreement tu maka awak berhak jatuhkan hukuman kepada saya” Giliran Natasya pula memberikan kata putus.

Setelah persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak, perjumpaan yang singkat itu berjaya menemukan Ikmal dan girlfriend sementaranya yang dicari-carinya bagi malam reunion itu nanti. Dalam masa yang sama timbul juga perasaan takut jikalau Natasya tidak melakukan tugas yang diamanahkan olehnya seperti dirancang.


to be continue (: