JellyPages.com

Monday 25 February 2013

TAZKIRAH : Kita Bukan Siapa-Siapa!!!!

alhamdulilah.....

hujan renyai-renyai membasahi bumi bertuah milik jelutong, yang jelas bumi ini ialah pemberian ALLAH SWT kepada kita, aku pandang sekeliling aku pandang diri sendiri... entry ini ditulis sekadar mengingatkan awak yang tengah membaca ni(tu pun kalau awak baca) tapi lebih jelas untuk diri sendiri...umur jangan dipandang pada angka.. jangan awak rasa awak muda lalu awak alpa, awak leka, awak asyik dengan kehidupan didunia dengan alasan awak akan berubah suatu hari nanti...kenapa nak kena tunggu satu hari nanti ?? awak boleh nampak ke masa depan awak satu hari nanti... masa depan kita, hidup, mati, jodoh itu semua rahsia ALLAH SWT, andai kata ditakdirkan esok kita akan bertemu jodoh kita..kita sendiri tidak tahu hal itu bukan ???

marilah sama-sama kita kembali pada jalan yang benar, jangan selalu memandang pada angka jugak abjad . abjad dan angka itu dusta permainan dunia . tidak kisah siapa kita , dimana kita berada, sematkan dihati kita 

:)       solat lima waktu kita jaga    :)

:)       adab pergaulan kita bataskan terutama lelaki dan perempuan    :)

:)      zikir sentiasa teralun indah di bibir kita    :)

:)      jaga aurat kita seindah-indahnya   :)

macam saya kata, bukan untuk peringatan awak-awak sahaja, tapi juga saya, kita manusia biasa yang tidak mungkin tidak pernah berbuat dosa  , tetapi itu semua bukan alasan untuk kita untuk mengatakan tidak pada perubahan , perubahan didunia yang kita harapkan akan menjadi iman yang teguh untuk bekalan disana... ALLAH'hu'alam :)


No comments:

Post a Comment